Wednesday 10 September 2014

Latihan... Tahukah anda??

Tahukah Anda?

- Semasa anda sedang membaca blog kami, anda telah menggunakan keadah skimming iaitu pembacaan cepat untuk mendapat idea umum tentang penulisan kami.

- Anda akan menggunakan kaedah scanning tentang topik yang anda perlukan.

- Apabila anda ingin mengetahui lebih mendalam tentang satu topik, anda telah menggunakan kaedah pembacaan perlahan supaya lebih memahami.

Perlukah Latihan? Tidak...
Anda sudah sedang buat latihan. Penguasaan Pembacaan Cepat dan Perlahan telah dikuasai oleh setiap orang hanya tidak tahu sahaja.

Pengurusan Grafik

Pengururusan Grafik

Pemikiran berlaku dalam minda dan kita tida nampak proses yang berlaku. Jika guru hendak mengajar pelajar berfikir, bagaimana dpat guru melihat proses berfikir pelajar. Yang dapat dlihat ialah hasil proses berfikir. Misalnya  dalam karangan, guru hanya dapat membaca pandanagan tentang sesuatu . Oleh itu, guru perlukan suatu alat bantu untuk mengajar pelajar berfikir , untuk melihat proses berfikir dan menilai proses pemikiran pelajarnya. Dengan cara itu barulah guru dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir pelajarnya. Melalui alat itu peajar juga akan dapat melihat dan mengawal proses pemikirannya. Alat atau wahana yang diperlukan buanlah sesuatu yang canggih. Ia hanyalah pengurusan grafik iaitu satu kerangka atau medan yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang difikirkannya dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat, dan disusn. Dengan pengurusan grafik, seseorang itu akan dapat melihat secara eksplisit proses berfikir ang berlaku dalam minda.
 Kenapa pengurusan grafik diperlukan?
  1.       Untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas.
  2.        Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri.
  3.        Untuk menterjemahkan dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk yang tersurat.
  4.       Untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif.
  5.       Untuk mengelakkan daripada berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan berkecamuk.

Faedah Menggunakan Pengurusan Grafik di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
  1. Jika pelajar diberi peluang menggunakan pengurusan grafik, proses pengajaran, proses pengajaran dan pembelajara akan berjalan dengan lebih berkesan,dan objektif yang dirancangkan akan mudah dicapai. Ini adalah kerana melalui penggunaan pengurusan grafik, aspek-aspek berikut akan dicapai.
    1.       Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.
    2.       Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.
    3.       Dapat digunakan sebagai alt mecetus idea dan menyusun maklamat untuk penulisan dan lisan.
    4.       Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.
    5.       Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.
    6.       Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.
    7.       Mengawal proses pemikiran yang bersesuain dengan pengurusan grafik yang mengambarkan proses pemikiran,  pelajar dibimbing untuk berfikir secara analitisdan krisis. Pengurusan grafik jenis ini digunakan bersama-sama peta lisa, iaitu soalan-soalan yang membimbing pelajar mengisi borang-borang pengurusan grafik.
    Jenis-jenis pengurusan grafik
    1.       Pengurusan grafik membanding dan membeza
          Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan. I boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.
    2.       Pengurusan grafik meramal kesan akibat
          Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran.
    3.       Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat.
          Kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Dapatan penyelidikan perlu disahkan kebolehpercayaan. Begitu juga dengan maklumat dalam penulisan, ia perlu ditimbang secara kriris. Dengan menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.
    4.       Pengurusan grafik idea berpusat
          Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea. Ia boleh digunakan untu membantu pelajar melihat dan menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan bagi semua bidang pelajaran.
    5.       Pengurusan grafik membuat kategori
          Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kels yang sama.



Pembacaan Cepat & Perlahan

Teknik-Teknik Pembacaan


Latihan Mata untuk Pembacaan Cepat
Pembacaan Cepat Speed Reading
-Kaedah membaca tanpa memerhatikan setiap perkataan dengan teliti.
-Membaca suatu artikel secara sistematik, dari mula hingga tuntas tanpa berhenti.
-Purata kelajuan orang yang berpendidikan sekolah tinggi adalah sekitar 300 kata per minit.


TUJUAN
-Digunakan untuk mencari maklumat daripada sesuatu sumber dengan efektif dan pantas.
-Mendapat idea pusat daripada sesuatu artikel.
-Mengenalpasti isi-isi tertentu dengan cepat dan secara keseluruhan.

MANFAAT
-Mempertingkatkan kepantasan untuk membaca buku.
-Menjimatkan masa dan tenaga.
-Dalam waktu yang singkat dapat menelusuri bahan bacaan.

-Membuat pilihan bahan bacaan yang perlu dibaca seterusnya.
-Sesuai untuk digunakan semasa ulangkaji.


SKIMMING
-Teknik bacaan pantas sementara.
-Membaca dengan menggunakan pergerakan mata yang cepat.
-Melompat dari satu bahagian ke bahagian yang lain dalam muka surat yang sama.
-Melompat dari satu muka surat ke muka surat yang lain.
-Hanya kepantasan dititik beratkan.
-Membaca Tajuk, Tajuk Kecil, Simbol, Huruf-huruf dihitamkan, dan sebagainya.
Gerakan Mata semasa menggunakan Skimming

SCANNING
-Teknik untuk membaca sesuatu maklumat atau fakta khusus dengan pantas.
-Membaca dengan lebih cepat, mudah dan optimum.
-Bermula dengan membaca indeks dan isi kandungan, kerana bacaan tersebut akan memudahkan mencapai arah matlamat.
-Mencari maklumat yang mudah yang tidak melibatkan idea yang rumit.
-Mencari maklumat yang memerlukan huraian yang panjang sahaja semasa memerlukan.



Pembacaan Perlahan Slow Reading
-Berfikiran kritis semasa berhadapan dengan maklumat yang anda baca.
-Berkemampuan untuk melakukan sesuatu penilaian terhadap bahan yang telah dibaca.
-Berkemampuan untuk mengikut logik dan pengolahan sesuatu bahan.


TUJUAN
-Meneroka tentang sesuatu perkara yang dibaca dengan mendalam.
-Menganalisis istilah-istilah, sintaks dan pengolahan isi kandungan.
-Menilai dan menganalisis penulisan.

MANFAAT
-Lebih memahamai bahan bacaan.
-Mudah untuk mengingati isi-isi penting.

SQ3R
-Survey (Teroka)
-Question (Tanya)
-Read (Baca)
-Recite (Sebut)
-Review (Ulang)

KWLH
-Know (Perlu Diketahui)
-Want (Hendak Diketahui)
-Learn (Telah Dipelajari)
-How (Cara untuk Belajar)

Sumber Sekunder

SUMBER SEKUNDER

´Sumber sekunder ialah bahan atau dokumen yang telah diolah atau ditafsir  melalui bahan bertulis maklumat yang telah dicatatkan di tempat lain.
´Dikenali sebagai sumber kedua.
´Misalnya, majalah, jurnal, ensiklopedia, akhbar dan risalah.
´Sumber sekunder melibatkan pengitlakan, analisis, sintesis, tafsiran atau penilaian maklumat asal.

´Sumber kedua merupakan bahan dan disebarkan kepada umum, sepertinya surat khabar atau buku teks sejalah.  



Sumber Primer

SUMBER PRIMER


´  Sumber primer ialah bahan yang belum diolah atau dicetak iaitu sumber atau bahan yang masih dalam keadaaan asal.
´  Sepertinya, fosil, manuskrip yang belum dicetak, surat rasmi kerajaan dan batu bersurat.
´  Bersifat asli dan belum ditafsir.
´  Ahli sejarawan digalakkan menggunakan sumber pertama kerana ia akan membawa sejarawan menghampiri situasi sebenar yang berlaku.

´  Bukti yang berkait secara langsung dengan peristiwa seperti kesan tinggalan, artifak, saksi dan pemerhati yang menjadi perantara antara peristiwa dengan penyelidik.






Gaya Pembelajaran

Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperoleh ilmu pengetahuan. Setiap individu akan mempunyai strategi yang berbeza dan kadar pembelajaran adalah tidak sama dengan individu yang lain, walaupun umur mereka adalah sama. Semua gaya pembelajaran telah dibahagikan kepada tiga cara, iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestik.

Gaya pembelajaran visual merupakan gaya yang menggunakan bahan-bahan visual sepertinya gambar-gambar , carta-carta , peta , gambar rajah , jadual , dan sebagainya untuk belajar. Kita boleh mendapat sudut pandangan yang jelas terhadap guru kita , apabila guru sedang menyampaikan sesuatu perhatikan pergerakan fizikalnya , bahasa badannya dan ekspresi wajahnya. Visualkan idea dalam bentuk gambaran dan tuliskannya. Orang yang memiliki gaya ini boleh menggunakan multimedia untuk menggambarkan sesuatu idea sepertinya computer , video atau filem-filem. Bacakan buku-buku yang ada ilustrasi atau gambar-gambar untuk lebih senang memahami maksud-maksudnya.

           

          Di samping itu , gaya lain ialah gaya pembelajaran audiotori. Gaya ini bermaksud jenis pembelajaran yang menekankan pendengaran perkataan dan arahan lisan. Orang yang memiliki gaya ini boleh membaca teks secara kuat agar didengari oleh diri sendiri. Gunakan irama-irama tertentu untuk mengukuhkan ingatan dan teknik mnemonik untuk membantu diri sendiri mengingati sesuatu. Mereka sentiasa bercakap kepada seseorang sementera mereka menuliskan idea-idea yang anda keluarkan.

Gaya pembelajaran kinestetik adalah pembelajaran yang belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian secara fizikal. Orang yang memiliki gaya pembelajaran ini sentiasa bergerak dan beraktiviti ketika membaca . Contohnya, boleh membaca buku sementara menunggu bas atau sementara menunggu guru masuk ke dalam kelas. Hiasi meja tempat belajar dengan poster-poster dan formula-formula.
           
        Kesimpulannya, semua orang memiliki gaya pembelajaran diri sendiri. Namun, perkara yang terpentingnya adalah memastikan sendiri boleh  memperoleh ilmu pengetahuan melalui gaya pembelajaran diri sendiri. Setiap orang mesti mempunyai gaya pembelajaran sendiri kerana boleh membantu mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Akhir sekali, gaya pembelajaran boleh memberi kita memperoleh ilmu pengetahuan baharu dalam masa yang singkat serta kita juga perlu menggunakan gaya-gaya tersebut dengan tepat dan betul.


Pengurusan Masa

Pengurusan Masa

Bagaimanakah menguruskan masa dengan bijaksana?

   a.        Menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat
i.              Bersukan
           Bersukan boleh menyihatkan badan kita. Bersukan mempunyai pelbagai jenis format, seperti bermain badminton , berjogging atau menjalankan senaman aerobic. Kita boleh bersukan setiap hari , dan bersukan tidak akan memakan masa yang panjang. Kita hanya bersukan 30minit sehari. Bersukan boleh membantu badan kita menjadi lebih sihat dan cergas. Bak kata pepatah, badan cergas, otak cerdas.

            ii.             Menyertai aktiviti kokurikulum
            Kita boleh menyertai aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Misalnya , kem motivasi , badan beruniform dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti ini boleh memberi kita mengenal lebih banyak rakan-rakan dan memupuk sikap-sikap yang baik , sepertinya , berdikari , semangat kerjasama dan rasional.

             iii.            Membaca
             Membaca  merupakan tabiat yang sangat baik . Membaca boleh meningkatkan ilmu pengetahuan kita sepertinya, menpelajari lebih banyak perkataan baru dan boleh mempelajari teknik menulis yang baik . Bak kata pepatah , “ Membaca jambatan ilmu ”.

             iv.              Belajar alat muzik 
             Kita boleh belajar alat muzik kerana merupakan aktiviti yang boleh menyeronokkan hati. Mempelajari alat muzik boleh menfaedahkan masa lapang .

              v.       Mengulang kaji pelajaran 
              Mengulang kaji pelajaran boleh membantu kita memahami ilmu pengetahuan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah dalam masa pengajaran dan pembelajaran. Kita boleh memupuk sikap mengulang kaji pelajaran setiap hari untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

              b.      Menyediakan jadual masa 
              Jadual masa disediakan untuk mengurus masa dengan bijaksana. KIta boleh menjalankan aktiviti pada masa yang betul , sepertinya bangun pada 7.00 pagi , bersenam pada 4.30 petang dan tidur pada 10.30 malam . Kerja kita boleh disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kita boleh mempunyai masa yang secukupnya untuk menjalankan aktiviti lain yang boleh menghiburkan diri. 

              c.       Menetapkan matlamat diri. 
              Matlamat diri boleh dijadikan dorongan atau galakan untuk memberi kita mencapainya dengan bersungguh-sungguh . Misalnya , saya mesti membaca habis sebuah novel yang mempunyai 500 muka surat dalam tempoh 2 bulan. Selepas itu, saya perlu sentiasa mengingati matlamat ini dan sentiasa mendorong sendiri perlu membaca novel ini . Ini akan meningkatkan kecekapan untuk mencapai matlamat yang ditentukan.