Wednesday 10 September 2014

Pengurusan Masa

Pengurusan Masa

Bagaimanakah menguruskan masa dengan bijaksana?

   a.        Menjalankan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat
i.              Bersukan
           Bersukan boleh menyihatkan badan kita. Bersukan mempunyai pelbagai jenis format, seperti bermain badminton , berjogging atau menjalankan senaman aerobic. Kita boleh bersukan setiap hari , dan bersukan tidak akan memakan masa yang panjang. Kita hanya bersukan 30minit sehari. Bersukan boleh membantu badan kita menjadi lebih sihat dan cergas. Bak kata pepatah, badan cergas, otak cerdas.

            ii.             Menyertai aktiviti kokurikulum
            Kita boleh menyertai aktiviti kokurikulum yang dijalankan oleh pihak sekolah. Misalnya , kem motivasi , badan beruniform dan lain-lain lagi. Aktiviti-aktiviti ini boleh memberi kita mengenal lebih banyak rakan-rakan dan memupuk sikap-sikap yang baik , sepertinya , berdikari , semangat kerjasama dan rasional.

             iii.            Membaca
             Membaca  merupakan tabiat yang sangat baik . Membaca boleh meningkatkan ilmu pengetahuan kita sepertinya, menpelajari lebih banyak perkataan baru dan boleh mempelajari teknik menulis yang baik . Bak kata pepatah , “ Membaca jambatan ilmu ”.

             iv.              Belajar alat muzik 
             Kita boleh belajar alat muzik kerana merupakan aktiviti yang boleh menyeronokkan hati. Mempelajari alat muzik boleh menfaedahkan masa lapang .

              v.       Mengulang kaji pelajaran 
              Mengulang kaji pelajaran boleh membantu kita memahami ilmu pengetahuan yang diberikan oleh pensyarah-pensyarah dalam masa pengajaran dan pembelajaran. Kita boleh memupuk sikap mengulang kaji pelajaran setiap hari untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan.

              b.      Menyediakan jadual masa 
              Jadual masa disediakan untuk mengurus masa dengan bijaksana. KIta boleh menjalankan aktiviti pada masa yang betul , sepertinya bangun pada 7.00 pagi , bersenam pada 4.30 petang dan tidur pada 10.30 malam . Kerja kita boleh disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan dan kita boleh mempunyai masa yang secukupnya untuk menjalankan aktiviti lain yang boleh menghiburkan diri. 

              c.       Menetapkan matlamat diri. 
              Matlamat diri boleh dijadikan dorongan atau galakan untuk memberi kita mencapainya dengan bersungguh-sungguh . Misalnya , saya mesti membaca habis sebuah novel yang mempunyai 500 muka surat dalam tempoh 2 bulan. Selepas itu, saya perlu sentiasa mengingati matlamat ini dan sentiasa mendorong sendiri perlu membaca novel ini . Ini akan meningkatkan kecekapan untuk mencapai matlamat yang ditentukan. 

          
             

1 comment:

  1. when is this info updated in this blog. Its very useful for my assignment but i need to know when you guys update it so that i can write in my rujukan. TQ

    ReplyDelete