Wednesday 10 September 2014

Pengurusan Grafik

Pengururusan Grafik

Pemikiran berlaku dalam minda dan kita tida nampak proses yang berlaku. Jika guru hendak mengajar pelajar berfikir, bagaimana dpat guru melihat proses berfikir pelajar. Yang dapat dlihat ialah hasil proses berfikir. Misalnya  dalam karangan, guru hanya dapat membaca pandanagan tentang sesuatu . Oleh itu, guru perlukan suatu alat bantu untuk mengajar pelajar berfikir , untuk melihat proses berfikir dan menilai proses pemikiran pelajarnya. Dengan cara itu barulah guru dapat membantu meningkatkan kemahiran berfikir pelajarnya. Melalui alat itu peajar juga akan dapat melihat dan mengawal proses pemikirannya. Alat atau wahana yang diperlukan buanlah sesuatu yang canggih. Ia hanyalah pengurusan grafik iaitu satu kerangka atau medan yang digunakan untuk memindahkan apa yang sedang difikirkannya dari dalam minda ke atas kertas untuk dilihat, dan disusn. Dengan pengurusan grafik, seseorang itu akan dapat melihat secara eksplisit proses berfikir ang berlaku dalam minda.
 Kenapa pengurusan grafik diperlukan?
  1.       Untuk merancang dan menyusun idea supaya teratur dan jelas.
  2.        Untuk mengawal dan memahami proses pemikiran kendiri.
  3.        Untuk menterjemahkan dan melahirkan sesuatu yang tersirat dalam bentuk yang tersurat.
  4.       Untuk menjadikan proses berfikir lebih sistematik dan aktif.
  5.       Untuk mengelakkan daripada berfikir secara terburu-buru, sempit, kabur dan berkecamuk.

Faedah Menggunakan Pengurusan Grafik di dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran
  1. Jika pelajar diberi peluang menggunakan pengurusan grafik, proses pengajaran, proses pengajaran dan pembelajara akan berjalan dengan lebih berkesan,dan objektif yang dirancangkan akan mudah dicapai. Ini adalah kerana melalui penggunaan pengurusan grafik, aspek-aspek berikut akan dicapai.
    1.       Tujuan mempelajari sesuatu kandungan pelajaran lebih jelas.
    2.       Tugas yang rumit menjadi lebih mudah untuk difahami dan dilakukan.
    3.       Dapat digunakan sebagai alt mecetus idea dan menyusun maklamat untuk penulisan dan lisan.
    4.       Dapat memupuk pemikiran analitis, kritis dan kreatif.
    5.       Menjadikan kandungan pelajaran lebih bermakna.
    6.       Pelajar terlibat secara aktif dalam mengemukakan cadangan dan menguji hubungkait antara maklumat.
    7.       Mengawal proses pemikiran yang bersesuain dengan pengurusan grafik yang mengambarkan proses pemikiran,  pelajar dibimbing untuk berfikir secara analitisdan krisis. Pengurusan grafik jenis ini digunakan bersama-sama peta lisa, iaitu soalan-soalan yang membimbing pelajar mengisi borang-borang pengurusan grafik.
    Jenis-jenis pengurusan grafik
    1.       Pengurusan grafik membanding dan membeza
          Pengurusan grafik ini amat berguna untuk mendapatkan kejelasan dan pemahaman bagi konsep-konsep yang sukar dan mengelirukan. I boleh digunakan untuk semua mata pelajaran bagi melihat persamaan dan perbezaan di antara dua konsep atau tajuk.
    2.       Pengurusan grafik meramal kesan akibat
          Dengan berpandukan pengurusan grafik membuat ramalan, pelajar akan membiasakan diri untuk membuat ramalan yang bijak, iaitu berdasarkan bukti-bukti sokongan yang kukuh. Kemahiran berfikir membuat ramalan boleh digunakan untuk isu-isu tetentu bagi semua mata pelajaran.
    3.       Pengurusan grafik mengesahkan sumber maklumat.
          Kita perlu mengesahkan maklumat yang diterima dengan meninjau sama ada sumber maklumat itu boleh dipercayai atau tidak. Dapatan penyelidikan perlu disahkan kebolehpercayaan. Begitu juga dengan maklumat dalam penulisan, ia perlu ditimbang secara kriris. Dengan menggunakan pengurusan grafik pelajar tahu cara untuk mengesahkan sesuatu sumber maklumat.
    4.       Pengurusan grafik idea berpusat
          Pengurusan grafik ini digunakan untuk menunjukkan bahagian, kesan atau sumbangan kepada sesuatu tajuk atau idea. Ia boleh digunakan untu membantu pelajar melihat dan menghubungkaitkan bahagian-bahagian kepada idea keseluruhan bagi semua bidang pelajaran.
    5.       Pengurusan grafik membuat kategori
          Dengan berpandukan pengurusan grafik ini pelajar akan dapat membuat analisis dan klasifikasi serta menerangkan ciri-ciri sesuatu objek atau item untuk menunjukkan hubung kait antara objek-objek dalam kels yang sama.



1 comment: