Gaya pembelajaran merupakan pendekatan atau cara bagaimana seseorang itu belajar dalam memperoleh ilmu pengetahuan. Setiap individu akan mempunyai strategi yang berbeza dan kadar pembelajaran adalah tidak sama dengan individu yang lain, walaupun umur mereka adalah sama. Semua gaya pembelajaran telah dibahagikan kepada tiga cara, iaitu gaya pembelajaran visual, gaya pembelajaran auditori dan gaya pembelajaran kinestik.

Gaya pembelajaran kinestetik
adalah pembelajaran yang belajar dengan baik melalui pengalaman dan mengambil bahagian
secara fizikal. Orang yang memiliki gaya pembelajaran
ini sentiasa bergerak dan beraktiviti ketika membaca . Contohnya, boleh membaca
buku sementara menunggu bas atau sementara menunggu guru masuk ke dalam kelas.
Hiasi meja tempat belajar dengan poster-poster dan formula-formula.
Kesimpulannya, semua orang memiliki gaya pembelajaran diri sendiri.
Namun, perkara yang terpentingnya adalah memastikan sendiri boleh memperoleh ilmu pengetahuan melalui gaya
pembelajaran diri sendiri. Setiap orang mesti mempunyai gaya pembelajaran
sendiri kerana boleh membantu mendapat keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Akhir sekali, gaya pembelajaran boleh memberi kita memperoleh ilmu
pengetahuan baharu dalam masa yang singkat serta kita juga perlu menggunakan
gaya-gaya tersebut dengan tepat dan betul.
No comments:
Post a Comment